Designed By Free CSS Templates
Kembali bersiaran setelah lama menepi. Bukan ada apa hal . Cuma sejak beberapa minggu ni tak tau nape asyik batuk je. Tak berhenti. Naik semput dibuatnya. Tu yg mood nk mengupdate blog pun takde. Jumpa Doktor pun masih tak kurang jugak. Ni pun masih batuk jugak tapi takle seteruk minggu lepas.
Ok lah , nak stori pasal menu ni pulak. Menu ni sy jumpa masa dtg berkunjung di rumah Noor , KT.
Masa gi rumah CMG pun ada gak resepi ni. Di rumah Ummi, Kuantan pun ada gak. So sy kopipes je lah. Ok, mari kita nengok resepinya.
IKAN GORENG DALAM SOS DAUN LIMAU PURUT2 ekor ikan bawal 1/4 cawan tepung serbaguna2 helai daun limau purut ~ hiris halus dan digoreng garing, toskanminyak utk menggorengBersihkan ikan dan keringkan.Salut dgn tepung(kering) - sy tambah lada sulah sedikit dan goreng hingga keemasan.Hidang atas pinggan dan tuangkan sos daun limau purut keatasnya.Taburkan daun limau purut yg dah digoreng atas ikan.Utk Sos :5 ulas bawang putih ~ dicincang3 ulas bawang merah ~ dicincang5 bj cili padi hijau ~ diicincang5 bj cili padi merah ~ dicincang3 helai daun limau purut ~ dihiris halus3 sudu besar sos tiram1/4 cawan cuka3 sudu besar sos ikan2 - 3 sudu besar gulagaram secukup rasa1/2 cawan stok ayam ~ k.nor guna air biasa dan 1/2 kiub stok ayam1 sudu kecil tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit airminyakPanaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili hingga wangi.Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali bancuhan tepung jagung.Masak hingga mendidih.Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan sehingga sos menjadi sedikit pekat.Tuangkan atas ikan dan tabur dgn daun limau purut yg dah digoreng.
Hari ni tak tau nk tulis N3 apa. Tiba2 teringat pulak pada kisah si Danish (anak sy yg kecik sekali tu). Sebelum tu kenalah buat sedikit introduction.
Semua orang punya impian dan cita-cita. Teringat masa sy disekolah rendah dulu kalau cikgu tanya pasal cita2 , kalau yang perempuan mesti jawapannya cikgu, kerani atau jururawat dan kalau yg lelaki mesti jawapannya askar , polis atau engineer. Biasalah budak2. Itu jelah jawapannya. Kalau dikenang2 memang menggelikan hati. Bila dh masuk ke sekolah menengah cita2 dh bertukar lak. Ye lah nama pun dh kesekolah menengah maknanya dh cerdik sikit le tu. Dulu sy minat sangat kat bulan dan bintang. Tu le pasal konon2 nk jadi ahli astronomi tapi bila dh naik ke tingkatan 5 rasa macam susah sgt nk bawak subject add math ngan subject2 sains. Satu hari tu sy tengok TV dan sy tertarik ngan kerja yg melibat service industri dan akhirnya selepas menamatkan Diploma sy dr UiTM sy akhirnya menceburkan diri dalam bidang yg sy minati iaitu service indurstri . Tapi tak lama kerja sebab lepas mendirikan rumah tangga dan asyik ikut suami , sy berhenti kerja dan jadilah surirumah sepenuh masa hinggalah sekarang (Ini pun salah satu cabang service industry jugak, hahahaha...... besar pahala tau).
Ketika si Abang berusia 1 tahun sy mempunyai satu lagi cita2 iaitu ingin menjadi Rally driver. Actually sy sedari kecik memang suka naik kereta yg dipandu laju (sebab arwah ayah sy memang suka memandu laju tp penuh hati2). Kalau naik kereta pelan2 ni boleh buat sy ngantuk. Tapi biasalah kalau aktiviti2 yg macam ni jangankan hubby , anak2 pun tak bagi. Tapi sesekali nk melepas geram tu sy merempit gak kat highway itu pun kalau sy rasa selamat untuk berbuat demikian. Apa2 pun keselamatan harus dijaga. Dulu2 kalau sy bawak kereta kalau nk ke Johor atau ke KL pernah gak bawa sampai 180 km/h tapi sejak dah senja ni setakat 160 km/h je yg sy berani. Tu sebab sy kurang berminat pada kereta2 auto, hingga sekarang sy masih membawa kereta manual. Terasa thrill.
Ni lak stori si Danish. Tahun lepas apabila gurunya menyuruhnya membuat karangan tentang cita2 dia tulis dia nak jadi mekanik tukang repair kereta. Macam nk pecah perut sy ngan hubby tengok apa yg ditulis. Kakak dia kata nape nk jagi mekanik. Dia kata dia suka tapi dia kata dia nak repair kereta mewah je macam BMW, Ferrari dan Lambourghini (OK le tu....). Sy stori ngan kakak angkat sy dia kata tak pe, apa2 pun kita as a parent kena bagi semangat sebab dia masih kecik lagi. Kakak angkat sy kata anak sedara dia dulu masa kecik kalau orang tanya dh besar nk jadi apa dia kata nk jadi tukang angkat sampah. Tu lah kanak2 penuh ngan daya imaginasi. Tapi sekarang ni kata kakak angkat sy dia antara yg berjaya.
Tahun ni sy tanya lagi kat Danish nanti dh besar nk jadi apa. Tahun ni ada peningkatan sikit tapi nk ketawa pun ada. Tahun ni dia kata kalau dh besar dia nak jadi salesman jual kereta mewah. Sy kata apa2 lah asal Danish suka. Dia ni dari kecik dia memang minat tengok kereta2 mewah. Kalau gi KL seronok sangat dia kalau dia nampak kereta2 mewah yg jarang dia jumpa di Kuantan ni.
Kalau si Abang lak dia lebih berminat pada bidang kewangan dan si Tasya lak katanya nk jadi ahli Geologist. Buat diri sy dan hubby we all tak kisah , takde paksaan asal mereka jadi orang yg berguna dan tak lupa asal-usul serta sentiasa ingat kan Allah itu sudah mencukupi.
Pada minggu lepas seorang jiran yg tinggal berhampiran dengan rumah sy telah meninggal dunia. Berusia diawal 40an dan ibu kepada 5 orang anak yg berusia antara 18 tahun - 4 tahun. Kematiannya amat mengejutkan kerana beliau yg saya kenali tidak pernah mempunyai sakit yg teruk2. Setakat batuk, demam dan selsema tu biasalah. Anaknya yg ke-2 sebaya ngan si Abang dan yg ke-3 sebaya ngan si Tasya.
Kematian beliau yg begitu mengejutkan memberi impak yg kuat buat anak2 nya. Beliau seorang yg amat sygkan anak2 nya, hingga sanggup melakukan apa juga demi anak2. Pada hari beliau meninggal dunia sy tidak dapat pergi menziarah kerana Danish tak sihat. Nk tinggalkan dia sorang2 kat rumah kesian pulak. Menurut cerita salah seorang teman yg pergi menziarah kesian tengok keadaan anak2 arwah. Siapa jua yg pergi pasti menitiskan airmata. Anak beliau yg kedua benar2 tak dapat menerima hakikat yg ibunya telah pergi, menangis hingga pengsan. Anak ke-2 ni beliau memang rapat ngan arwah. Anak mana yg boleh terima jika sekiranya sebelum masuk tidur ibunya kelihatan Ok je, tapi tetiba dikejutkan diawal pagi dan diberitahu ibunya telah kembali ke- rahmahtullah.
Membaca coretan dan luahan hati anak2 arwah di dalam blog mereka buat jiwa keibuan sy benar2 terharu. Si anak yg ke-2 tak habis2 menyalah takdir, bertanya kenapa beliau diduga sehebat ini, tatkala beliau bakal menghadapi SPM di hujung tahun ini. Anak beliau ni memang pandai, masa PMR dia ni berjaya memperolehi 8A. Kesian melihat mereka. Coretan anak yg ke-3 membuat sy amat terharu apabila di akhir salah sebuah coretan beliau , beliau menulis "KASIH 10 ORANG AYAH TAKKAN SAMA DENGAN SEORANG IBU" . Tidur malam beliau pun jadi tak lena sejak kebelakangan ni sejak kematian ibunya. Walaupun ayahnya yg saya kenali amat menyayangi anak2 nya, tapi yelah kan ayahnya sibuk ngan kerja dan selalu keluar daerah, jadi kebanyakan masa mereka ni lebih banyak diluangkan bersama ibu mereka.
Melihat mereka membuat sy terfikir sekiranya perkara ini terjadi kepada anak2 sy , bolehkan mereka menghadapinya dengan tabah, lebih2 lagi suami sy yg bertugas di luar negara. Anak2 sy memang dari kecik amat rapat ngan sy. Suami memang sayang ngan anak2 dan beliau amat jarang memarahi anak2 berbanding ngan sy. Tapi tak tahulah nape anak2 sy lebih rapat ngan sy berbanding suami. Apa jua masalah mereka lebih selesa bercerita ngan sy berbanding suami sy. Ada juga sy bertanya pada si Abang sekrianya apa2 berlaku pada sy bagaimana reaksi dia. Rupanya dia tak suka bila saya menanyakan soalan2 yg macam tu. Dia diam je tanpa memberi sebarang jawapan. Pada si Tasya pun sy tanya dan jawapannya dia kata dia terpaksa terima juga kalau itu dh ketentuan Allah. Tapi katanya benda belum jadi memang lah boleh cakap tapi kalau dah jadi tak tahu lah dia.
Saya doakan semoga roh arwah ditempatkan disisi orang2 yang beriman. Dan kepada anak2 nya semoga mereka sentiasa tabah hendaknya.
Ni menu semalam. Actually sy ni tak leh makan sotong, allergic, tapi geram tengok sotong yg besar2 kat pasar tu so beli jugak lah. Lagipun bukannya selalu sy makan sotong. Resepi ni sy ambik dari majalah RASA. So mari kita nengok resepinya.
Bahan2:
500 gm sotong - dibuang kulit
2 ulas bwg putih - dicincang (sy tumbuk je)
10 tangkai cili kering - dibelah 2 dan di goreng
50 gm gajus goreng
50 gm bwg besar - dipotong dadu
20 gm daun bwg - di potong memanjang
Garam + gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan tumis :
2 ulas bwg putih - dicincang
1 sdm sos tiram
1 sdt serbuk cili (sy guna serbuk kari, sebab serbuk cili dh out of stock)
1 sdt kicap pekat
minyak untuk menumis
Cara2:
1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih hingga wangi.
2. Masukkan sotong. goreng hingga masak dan asingkan
3. Untuk bhn tumis panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan hingga wangi
4. Kemudian masukkan sotong goreng tadi, gajus dan cili kering. Kacau rata
5. Masukkan bwg besar dan daun bwg untuk lebih wangi
6. Akhir sekali sesuaikan rasanya dengan garam + gula.
Ni menu semalam. Mesti U all akan kata ayam lagi. Biasalah anak2 sy lauk ayam ni memang tak leh nk dipisahkan. Anak2 sy memang suka lauk kuzi ayam ni. Selalunya kalau waktu2 raya sy makan ngan nasi himpit. Tapi ni tengah malas nk merebus nasi himpit so makan je la ngan nasi. Dlm gambar tu ayammnya tinggal seketul je. Lupa nk ambik gambar lepas masak, dh tinggal seketul baru teringat nk ambik gambar, hehehehe.
Resepi ni sy cedok dr majalah Rasa. So mari kita layan resepinya.
Bahan2:
1 kg ayam - potong le ikut suka u all, jgn hancur sudah
200 ml susu cair
120 gm sos tomato
120 gm tomato puri
100 gm bawang goreng - dikisar
sedikit minyak sapi
Garam secukup rasa
Bahan2 kisar:
2 cm halia
1 1/2 sdm jintan putih
1 sdt jintan manis
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
3 ulas bwg putih
Bahan2 rempah:
1 btg kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
Cara2:
1. Panaskan minyak sapi (sy campur ngan minyak jagung sedikit).
2. Tumis bahan kisar bersama bahan rempah hingga naik bau.
3. Masukkan ayam, kacau sebentar
4. Masukkan susu cair, sos tomato dan tomato puri. Masukkan garam ikut citarasa masing2.
5. Masaklah hingga ayam empuk.
6. Akhir sekali masuklah bwg goreng kisar tadi.
Ni menu hari Isnin. Danish tak sihat kerana demam. Biasalah kan kalau orang demam memang tak lalu makan. So nk pujuk dia suruh makan sy buat lah bubur lambuk ni. Bubur lambuk ni versi syok sendiri, sebab nk menghabiskan bahan2 yg ada dalam peti ais. So mari kita tengok resepinya.
Bahan2:
1 cawan beras
1/2 kilo daging - di potogn kecil
3 - 4 ulas bwg merah - dikisar
2 ulas bwg putih - dikisar
2 cm halia - dikisar
1 sdb rempah sup serbuk
1 batang lobak merak - di potong dadu
1 batang saderi - di potong dadu
2 biji kentang - dipotong dadu
1 genggam udang kering direndam ngan air seketika kemudian ditumbuk halus.
1 - 2 sdb lada hitam - ditumbuk halus
Santan - ikut suka nk letak byk mana (sy letak dlm 1/2 caw je)
Air secukupnya.
Cara2:
1. Masukkan beras, bwg merah, bwg putih, halia dan air kedalm periuk diikuti ngan daging.
2. Renehkan sehingga daging agak lembut masukkan rempah sup diikuti ngan sayur-sayuran tadi. Masukkan juga udang kering dan lada hitam.
3. Apabila bubur kelihatan agak pekat masukkan santan.
4. Biarkan seketika hingga kesemua bahan sebati.
Hah sekali tengok macam nasi tomato tapi rasanya tak macam nasi tomato. Inilah Nasi Aswan.
Resepi ni dari Chef Asmah Laili yg amat sy gemari tu. Rasanya Ok jugak cuma anak2 tak berapa suka sebab byk sgt guna tomato. Biasalah budak2 kan tak suka makan sayur. Apa2 habis gak dimakan. So mari kita layan resepinya.
Bahan2:
1 kilo beras Basmati (cuci bersih dan rendam selama 10 hingga 15 minit)
Air mengikut paras beras ( sy masak hy 2 cawan beras je, airnya sy letak 3 cawan)
1 ekor ayam - potong ikut suka
5 biji bawang besar - potong dadu
8 ulas bwg putih - dipotong dadu
2 jari halia muda - dihiris
10 biji tomato segar - dipotong dadu
1 tin kecil tomato puree
10 biji buah pelaga -dipecahkan
5 kuntum bunga cengkih
5 cm kayu manis
1 sudu teh serbuk lada putih
1 caw minyak conola -sy guna minyak jagung je
1/2 caw hirisan daun ketumbar
1/2 caw daun pudina
garam secukup rasa
Bahan hiasan untuk ditabur:
1/2 caw bawang goreng
1/2 caw hirisan badam goreng
1/2 caw gajus goreng
Cara2:
1. Tumiskan cengkih, pelaga dan kulit kayu manis hingga naik aromanya.
2. Masukkan bahan2 dadu dan masaklah selama 5 - 10 minit.
3. Setelah lembut masukkan ayam, tomato puree, garam, lada putih , daun ketumbar dan daun pudina.
4. Gaul rata higga ayamnya 3/4 masak. (sy tambah sedikit air kerana kuahnya agak pekat)
5. Keluarkan sosnya dan ketepikan.
6. Ini hendak di masak dengan nasi.
7. Tinggalkan sedikit dan masak lagi ayam hingga empuk.
8. Tuangkan beras kedalam periuk masak letrik.
9. Tuangkan air yg diperlukan, masukkan sekali sos yg dikeluarkan tadi dan kacau rata.
10. Masukkan garam dan tanak nasi sehingga masak.
** Maaf gambar lauk ayamnya lupa lak nk ambik.