Sunday, January 30, 2011

PEANUT BUTTER COVERED WITH CORNFLAKE AND CHOCOLATE

Di Kuantan ni masih lagi hujan tak berhenti2. Hari ni kebanyakan sekolah di Kuantan dah pun mula bercuti sempena CNY, tapi sekolah Danish pulak tak cuti, so terpaksa lah bangun pagi2 menyediakan sarapan untuk dia. Kesian jugak kat dia sorang je pergi sekolah hari ni. Susah jugak kalau yg ada anak ramai sorang sekolah sorang tak sekolah. Cuti serentak kan senang.



Dah lama tak dapat bunga ni. Anyway thanks dan congratulation untuk Yatie kerana blog beliau telah berjaya menarik seramai 1000 follower. Blog sy yg dah berusia hampir 2 tahun ni pun follower baru seciput je. Apa2 pun usaha tangga kejayaan. Sy ni bab nak blog walking ni la yg paling malas sebab kesuntukan masa.



CNY hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk disambut. Org Cina sibuk buat cookies sy ni pun sama gak sibuknya. Resepi Peanut Butter Covered with Cornflake ni actually sy tengok di Youtube. Actually ikut resepi asalnya guna Rice Crispy tapi disebabkan nak perabihkan stok Cornflake tu yg sy tukar. Rasanya agak manis, lain kali kalau nak buat sy kena kurang kan gulanya. Ikut resepi asal dia tak bakar tapi sy bakar sekejap dlm oven. Rasanya sedap tapi kalau makan banyak2 sedikit mual sebab peanut butter yg berlemak tu, hehehehe. So kena makan slow2.

RESEPI : PEANUT BUTTER COVERED WITH CORNFLAKE AND CHOCOLATE

Bahan2:
  • 1/2 cawan butter
  • 2 cwn peanut butter - sy guna jenama Skippy
  • 3 cwn icing sugar - sy cuma letak 1 cwn je masih lagi terasa manis
  • 3 cwn rice crisp cereal - sy guna cornflake 5 cwn
  • Sedikit coklat masakan sebagai hiasan - dicairkan menggunakan kaedah double boiler

Cara2:
  1. Didalam mangkuk besar gaul butter dan gula hingga sebati .
  2. Masukkan peanut butter diikuti dengan cornflake/rice crispy.
  3. Ikut resepi asal bulat2 kan je adunan tersebut, tapi sy pulak setelah dibentuk sy bakar sekejap dalam oven sekitar 10 - 15 minit dengan suhu 160 C.
  4. Setelah sejuk samada hendak dicelup dalam coklat atau paip kan coklat keatasnya.

7 comments:

suri solehah said...

entri akak yang ni tak masuk kat blog list saya nape tah,,duk teringatkan nape akak sunyi dah 4 ari..

sedapkan nampak kak..mesti anak2 suka ni

Deliah's Deli said...

assalamualaikum aidah...rajin betul bt cookies..klu mkn bnyk2 mmg rasa loya n pening kan..anak2 sy ckp mcm tu jg tp diaorng pun yg mkn smpai hbis :)))

aidah said...

Salam Suri,
N3 ni baru je pagi ni akak masukkan. Biasalah internet ni kadang problem jugak



Dalam Deliah,
betul tu. Samalah ngan anak akak, komplen2 habis jugak, hehehe

Uncle Lee said...

Hello Aidah, love your these cupcakes.
They look so very nice.
Disini, we all have to be very careful with peanuts, peanut butter cookies when giving to kids or people.
Reason being, ada banyak Mat Salleh kids or people allergic to peanuts.

Even some sekolahs ban peanuts or anything that has peanuts...We never knew this till came to Canada.
I love peanut butter on bread, sprinkle little sugar, boleh makan tiga keping roti toast, with iced coffee.

You have a nice day, Aidah....saya suka your kueh dadar in my pondok.
Lee.
ps, saya belum check tu tickets yet, ha ha.
Kalau kena the BIG one, you and family saya jemput datang tengok our Ontario on fire,
Berapa orang semua tu? Ha ha.

Nieza said...

as salam kak, wah rajinnya akak buat cookies ni saya ni rajin mkn jer kak..hehe

kaklia said...

anak2 i yg sekolah rendah pun sepatut nya sekolah hari ni tapi disebabkan abang dorang yg secondary dah tutup sekolah dorang pun ikut sekali tak nak pegi sekolah....heee....rajin u buat cookies ye aidah...:)

suri solehah said...

salam kak..datang lagi nak mintak resipi tu..kalau ada masa cadang nak buat esok.. :-)