Actually Oreo Cheese Cake ni sy buat 2 hari yg lepas dan sorry la dah habis pun dimakan dek anak2. Memang sedap rasanya. Anak sy yg kecik si Danish kata lebih sedap dari kat Secret Recepi, hehehe. Sy ni kalau pasal cheese memang sy suka sangat. Terpaksa lah pejam mata kejap ketika nak menjamahnya (walaupun dah tau kolestrol naik, hehehe).
Resepi ni sy ambik dari blog RIN , terimakasih ya Rin diatas resepi yg simple dan sedap ni. Mintak izin kopipes ya.
RESEPI : CHILLED OREO CHEESE CAKE
SUMBER : RIN - KLIK SINI
Bahan-Bahan
Untuk base :
- 120gm biskut oreo (original flav.) - buang/ketepikan creamnya dan hancurkan
- 70gm unsalted butter - dicairkan
Untuk Filing
- 250gm (8oz) Philadephia cream cheese - dilembutkan pada suhu bilik
- 200gm whipping cream - thickened cream pun boleh guna
- 70gm gula kastor (1/3 cup)
- 1.5 sudukecil esen vanilla dalam bentuk serbuk putih - sy guna yg liquid punya
- 1 sudu besar gelatine dilarutkan secara 'double-boil' dgn 30ml air - larutkan didalam microwave je
- 40ml jus lemon - sy guna sour cream sebanyak 3 sdb
- 5 - 10 keping biskut oreo (tak perlu buang krimnya) dipatah-patahkan
Cara membuatnya ( ikut cara Rin setelah mencuba beberapa kali)
1. campurkan mentega cair ke dalam biskut oreo yang dihancurkan - gaul mesra kemudian ditekan-tekan padat ke dalam loyang 7 inci (sy guna loyang 8 inci) yang telah dilapik dengan aluminium foil. simpan di dalam peti sejuk seketika.
2. di dalam bekas sederhana besar, putar whipping cream pada hadlaju yang perlahan ( jangan terlebih putar speed laju) sehingga 'stiff-peak' sedikit. kemudian simpam di dalam peti sejuk.
3. di dalam bekas yg besar, putar cream cheese bersama gula kastor sehingga mesra dan lembut, masukkan jus lemon/sour cream, gelatine cair dan serbuk vanilla...putar lagi hingga sebati.
4. campurkan whipping cream tadi ke dalam adunan cream cheese dan masukkan biskut oreo yang dipatah-patahkan tadi. tuangkan adunan ke dalam loyang yang disediakan.
5. sejukkan/freezerkan adunan cheese cake tadi di dalam peti sejuk selama lebih kurang 4 jam, atau hingga benar2 sejuk dan keras. kemudian boleh dihidangkan.
*** untuk hiasan di atas boleh dihiaskan dengan serbuk biskut oreo atau biskut oreo itu sendiri.
**** Mengikut Rin sekiranya menggunakan loyang 8 inci boleh lah doublekan measurement tu cuma whipping cream nya cukup sekadar dalam 250 ml je. Next time memang sy nak buat kasi tinggi sikit. Memang confirm buat balik ni , sebab sedap dan anak2 pun suka sangat.
12 comments:
aidah,tahniah sbb blh bt kek lebih sedap drp secret recipe..mesti sedap sgt2 ni!:p~
Cantiknya kek ni, nampak smooth aje, kalau kat rumah akak mesti laku punya...
http://treatntrick.blogspot.com
Salam Deliah,
itu hanya pujian dari anak2 je, hehehe. Kalau org lain yg makan tak tau lah pulak apa komennya.
Hai Palatable,
Yg ni tak payang baking that why nampak smooth je.
sedapnyer tgk ciskek akak tuhhh... terliur dah nihh..klu dpt sepotong kan best!
kakk.. kuantan taun nih banjir ok ker? tak teruk mcm dulu kak er?
i pun mmg suka giler makan cheese cake...huhu....anak2 i pun lagi lah. masa makan mmg tak ingat apa dah, tp lepas tu baru lah dok pikir penyakit kat dlm badan nih...hehehe....anyway, cantik nampak cake u tuh...
Salam Hana,
Hana jgn kan sepotong secubit pun dah takde lagi dah. habis licin dimakan oleh anak2 termasuklah maknya.
Salam Kak Lia,
Kak Lia patut cuba buat ni sebab mudah je
Salam, saya baru balik dari utara.. fuh! kat selatan org dok redah banjir kat belah sana panas berdenting... berpeluh2 dahi.. hehehe.
Lah... dah habis ke cheesecakes tu, baru nak mintak.. urmmm
terima kasih atas doamu, smoga dirimu skeluarga dilimpahkan rahmat oleh Allah swt
akakkkkkkkkkkkkkk buatkanlah satu utk saya ... saya nak order nie .. ciann kat saya nak buat x pandai .. x kesah berapa rm .. saya dtg amik kak huhuhuh
nak oreo nie kak ..
nanti ieda beritahu biler .. rasanya ujung2 bulan lah kak .. ekekek skrg ongkos dah pinishhh :)
assalam kak, mcm mana saya boleh terlepas n3 akak ni...ke akak sorok ni...ekekeke gurau jer btw nampak sedap jamu mata jer la nengok gambar kek ni kalau ada lagi nk gak minta sepotong hehehe
assalamualaikum akak ... wahhh...rin sendiri naik teruja tengok kek oreo akak ni .. sedappp kan... :-) sapa2 nak mencubanya elok lah ambil resepi kat blog akak ni ... senang je.
akak,kalu saya nak order kek ni leh x?saya x pndaila nak buat...
Post a Comment