Thursday, February 17, 2011

CHOCOLATE CHIP COOKIES (Resepi dari Kak Ina KL)

Salam buat semua, terlebih dahulu maaf la ya sebab dah lama menyepi. Tak la lama sangat, ada la dekat seminggu kot, hehehe. Bukan sebab tak sihat tapi takde idea nak bercerita. Dalam dua hari ni rasa seronok sangat sebab dapat jumpa member2 FB. Sesekali berjumpa memang riuh sangat. Chocolate Chip Cookies ni sy buat sebagai buah tangan buat member2 FB. Resepinya diambik dari blog Kak Ina yg baru je balik dari India melawat anak daranya yg sedang menuntut di sana. Jeles nengok Kak Ina kita tu yg semakin ngetop gitu, hehehe. Saya pernah bertemu Kak Ina ni ketika beliau datang ke Kuantan dulu, memang happening dan peramah sangat orangnya. Walaupun baru pertama kali bertemu tapi memang tak rasa janggal nak berbual. Selain berblogging Kak Ina pun sekarang ni busy dengan bisness cookies nya tu. Memang sedap cookies ni.


RESEPI : CHOCOLATE CHIP COOKIES
SUMBER : Dari blog Kak Ina (Kak Ina ambik dari Hershey's)

Bahan2:
  • 1 caw mentega
  • 3/4 caw gula perang
  • 3/4 caw gula halus
  • 1 sdk esen vanilla
  • 2 biji telur
  • 2 1/4 caw tepung naik sendiri / tepung ros (sy guna tepung low protein)
  • 1 sdk baking soda
  • 1/2 sdt garam halus
  • 2 caw chocolate chip
  • 1 caw almond cincang

Cara2:
  1. Panaskan oven pada suhu 150 C - 160 C.
  2. Pukul mentega, gula perang & gula halus sehingga ia sebati atau bertukar warna.
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  4. Masukkan tepung dan bahan2 kering yg lain secara berselang seli.
  5. Jika adunan terlalu lembik tambahkan tepung sedikit2 (sy tambah anggaran 3 sdb).
  6. Adunan memang sedikit melekit2.
  7. Bulatkan adunan ikut citarasa masing2. (kalau nak bulatkan jgn besar2 sangat sebab masa membakar nanti biskut ni akan mengembang)
  8. Bakar biskut antara 20 - 25 minit / sehingga masak.

8 comments:

Nieza said...

Assalam kak..order sebalang cookies ni kak..sedapnya..:)

suri solehah said...

salam..hehe..sbb nieza nak order sebalang,,sayapun nak jugak kak..kalau tak asyik makan yg ci*a buat je..anak2 suka

Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

Ini kalau bagi kat saya satu balang abis. SODAP

Anie said...

Salam Kak Aidah,

Mmg FB tu berhantukan kak...I at first join FB, siang malam dok menangok baca status org....hehehez. Skarang dah tak lah cuma encik suami jer yg masih addicted...:D

aidah said...

Salam Nieza,
kalau dekat apa salahnya, hehehe


Salam Suri,
Chocolate cookies macam ni memang jenis makan tak ikut musim. Kalau duk tengok TV sambil mengunyah cookies memang sedap.

Salam Paty's,
first of all nak ucap thanks kerana sudi singgah my blog. My kids suka makan cookies yg macam ni.


Hi Anie,
akak ni tak lah terlalu addicted sangat tapi saje just suka2 baca komen org

Ayu said...

Assalam kak aidah,
ait apasal kita terlepas pandang pulak entry akak ni ya..dah banyak sangat blog dilink sampai termiss out akak nya blog pulak ..

cookies nampak sedap & rangup..
wah seronok lah jumpa kawan2 fb..mesti banayk yg dicelotehkan..kita jumpa kawan2 lama malu u..sebab size kita dah lain..hehe

Park Young Shake said...

Tah bila la aku nak sampai Pahang nie... nak sangat dah kena masakan K.edah nie ! hahahhaa

Apa kabar ?

novel reader said...

Kak, sy dah cuba resepi ni...sedapppppp.tq kak share resepi...