Friday, February 25, 2011

KEK LAPIS ASAM MANIS (2)

Kesian tengok blog sy ni yg dah macam tak terbela je. Biasa lah kalau datang angin malas memang macam ni. Ok la malas nak stori panjang2 , idea nak menulis pun takde sangat. Nak stori tentang the making of Kek Lapis Asam Manis ni. Actually sy ni bukan lah rajin sangat nak membaking ni lebih2 lagi kalau nak buat kek lapis. Memang remeh betul nak membuatnya, terutama waktu nak membakarnya , memang betul2 menguji kesabaran. Untuk kek ni je saya mengambil masa hampir 4 jam lebih untuk menyiapkannya. Rasanya macam takkan buat lagi dah, tapi kek ni anak sy yang kecik sekali tu suka sangat makan. Kalau dia teringin gak nak makan terpaksa lah sy buat jugak, demi anak, hehehehe

Ini lah hasilnya. Masih lagi dalam proses belajar untuk mendapatkan kek yg betul2 cantik. Still kena buat banyak latihan ni.


Rupa kek setelah dipotong. Sedikit lembab, ni kes terlebih susu dan gula. Next time kalau sy buat susu dan gulanya terpaksa dikurangkan. Apa2 pun thanks to Anis yg bersusah payah mengajar sy bagaimana nak buat Kek lapis ni.

RESEPI : KEK LAPIS ASAM MANIS
SUMBER : Dari Sarinah Sarudin

Bahan2:
  • 10 biji telur
  • 500 gm butter
  • 2 cwn gula castor
  • 1 paket horlick yg kecil sekali
  • 3/4 tin susu pekat manis
  • 3 cwn tepung Hong Kong
  • 1 tin seri kaya - jenama yeos, guna tin yg paling kecil sekali
  • 1 sdt baking powder
  • 2 sdb ovalette
  • 1/2 cwn air ais
  • pewarna - ikut suka (sy menggunakan pewarna hijau)
*** untuk sukatan cawan tu sy menggunakan cwn sukat yg standard tu, dan untuk sukatan 1 cwn sy terpaksa gunakan sukatan yg 3/4 punya., kerana sukatan 1 cwn tu terlalu banyak. Resepi asal menggunakan gelas kecil yg sizenya lebih kurang macam sukatan 3/4 cawan tu.

Cara2:
  1. lengserkan acuan 4 segi berukuran 8x8x3 dan alas dasarnya dengan kertas minyak.
  2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu diikuti dengan susu, seri kaya, ovalette dan horlick.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau adunan tadi.
  5. akhir sekali masukkan air ais.
  6. Menggunakan api atas sahaja panaskan oven pada suhu 180 C. Suhu 180 C hanya untuk lapisan yg pertama sahaja, turun kan suhu sedikit untuk lapisan yg seterusnya.
  7. Mula2 masukkan lebih 2 senduk kecil adunan dan bakar lapisan pertama hingga atasnya keperang-perangan.
  8. Ulang proses ini hingga ke lapisan yg ke-3 .
  9. Setelah lapisan yg ketiga masak barulah di atur kepingan asam manis tadi diikuti dengan adunan tepung.
  10. Ulangi proses ini hingga selesai.

4 comments:

PALATABLE said...

Salam Aidah! Malas2 pun rajin juga buat kek lapis. Kek malas betul tentang lapis melapis ni, kalau boleh cari yg senang di buat...

http://treatntrick.blogspot.com

Chik Mimi said...

Assalam kak ,demi anak kan kak,sy ni nak belajar buat tak terbuat2 jugak M nya amat besar mau pulak kek lapis ni

Ummi said...

salam Aidah...waaaah tabik spring..rajin melapis..ummi dah lama sgt x melapis-lapis kek camni...ada gak rasa nak wat semula..bila ntah...adeeeiii...penuh jadual jek..huhuu

aidah said...

Salam Palatable,
actually sy pun memang malas, tapi disebabkan anak nak makan terpaksa lah memaksa diri belajar macam mana nak buat, bukan apa kadang tu beli dari org rasanya kadang hampeh.


Chik Mimi,
sama la kita. Ini pun masa nak buat punya lah fikir. Bab nak melapis tu yg rasanya tak sanggup.....


Salam Ummi,
tak lah rajin tetapi kerana anak terpaksalah merajinkan diri