Thursday, March 3, 2011

COKLAT UNTUK DANISH

Bercerita tentang coklat ni, pada sesiapa yg pernah mengikut blog sy ni mesti dah tahu yg sy pernah mengikut kelas membuat coklat pada tahun lepas. Tapi sejak dari belajar memang sy tak pernah buat pun. Saje belajar untuk menimba ilmu. Baru2 ni anak sy si Danish request nak makan Oreo Chocolate. Mula2 memang sy malas nak buat , so sy suruh beli je. Tapi faham2 lah kalau yg beli tu kadang sedap kadang tak. So at last sy terpaksa mengalah , buat jugalah demi anak nak makan punya pasal.




Ini lah hasilnya. Puas jugaklah dia makan.


Lebihan coklat tu sy masukkan pulak ke dalam acuan berbentuk bunga ni. Danish memang suka warna biru dan warna ni memang pilihan dia.

Kalau sesiapa nak mencuba boleh lah membuatnya tak susah pun senang je.

Bahan2:
  • 150gm dark chocolate compound
  • 100 gm milk chocolate compound
  • white chocolate compound (sebagai hiasan)
  • pewarna ikut suka yg oil base punya
  • Biskut oreo - sy guna perisa ais krim

*** sy sebenarnya kurang menggemari coklat yg lebih rasa susu, sebab cepat muak, sebab itulah saya campurkan dark chocolate dengan milk chocolate. Yg ini ikut citarasa masing2 lah. Kalau suka coklat yg lebih rasa susu, hanya gunakan milk chocolate pun Ok jugak.

Cara2:
  1. Dengan menggunakan kaedah double boiler campurkan kedua2 dark & milk chocolate dan cairkan.
  2. Untuk mendapatkan hasil coklat yg cantik dan berkilat2 tu, 'working temperature' untuk coklat sangat penting.
  3. Untuk compound chocolate suhunya mestilah mencapai 37 C. Sy ni takde penyukat suhu , so main agak2 je la.
  4. Setelah coklat cair, masukkan coklat kedalam acuan, masukkan sedikit dahulu dan kemudian ratakan didasar acuan.
  5. Masukkan Biskut Oreo dan barulah ditutup kembali dengan coklat cair tadi.
  6. Hentakkan sedikit acuan untuk membebaskan gelembung2 udara yg terkumpul di dalam coklat.
  7. Simpan seketika di dalam peti sejuk untuk coklat mengeras.
  8. Setelah itu keluarkan coklat dari acuan dan letak 'Edible Image' yg di gemari.
Nota :
  • Untuk mengeluarkan coklat dari acuan jgn menggunakan tangan , sebaiknya gunalah sarung tangan. Ini untuk mengelakkan bekas cap jari melekat di coklat.
  • Kalau nak buat coklat ni pastikan keadaan sekeliling hendaklah kering, kerana coklat amat sensitif kalau terkena air, walaupun setitik. Bila buat double boiler tu, ketika hendak mengangkat bekas tu dari periuk pastikan bawahnya dilap kering kerana takut wap air yg terlekat tu menitik ke atas coklat cair tadi.

11 comments:

izahdaut said...

waaaa..pandai la akak buat coklat sendrik..teringin jugak nak main ngan coklat2 ni..tapi mmg tak pandai..takut punh habis je cklat tu saya kerjakan nanti..hehe

Sari Yusa Ibrahim said...

Kak, sy takut kalu buat ni coklat cair tu terus masuk kat tekak sy ni, bkn masuk acuan... hahahaha

Ummi said...

Salam Aidah...kalau Ummi nak coklat nnt tempah dgn Aidah je la eh...bila ntah nak masuk kelas pun..hari tu ada Aidah cakap kan...huhuuu

suri solehah said...

salam kak aidah..wah..yang ni sah2 saya tak mampu nak buat ni..seronokkan..kalau pandai buat sendiri..sbb banyak coklat yg duk tengok tak dak tanda halal..

Hann said...

akak..
dok berangan lama dah nak buat..
tapi belum muncul2 lagik.. hehhehe

Nieza said...

assalam kak....sungguh berkenan dgn itu coklat biru kak...sedapnya saya suka mkn coklat..tapi tak pandai nk buat...bestnyer kalau dapat buat sendiri kan..:)

inahar ali said...

wah ada cekelat..minta 2 ketui kak..takut kempunan nnti..hehe!! eh..kak aidah amik oder ke??

Rin said...

akak...rin pun ntah bila la dapat buat cokelat ni... dah lama teringin tapi tak berkesempatan tapi rasanya seruan tu dah dekat apabila tengok cokelat2 yang cantik2 kat blog akak ni..:-)

aidah said...

Salam izahdaut,
kalau izah rasa tak berapa confident dan kalau nak senang guna coklat compound. Kalau yg jenis couveture tu memang payah nak handle.


Salam Sari,
itu sudah semestinya, nama pun coklat kan.


Salam Ummi,
kalau nak tempah yg Oreo tu boleh lah sebab tak kena main colour2. Kalau yg colourful tu memang I tak sanggup.


Salam Hann,
sama lah ngan akak. Actually belajar sejak dari tahun lepas lagi tapi baru ni je ada mood nak membuat, itupun setelah puas diperli oleh anak2.


Salam Nieza,
nanti kalau balik ke M'sia pergi la ke kelas belajar buat coklat. Actually senang je nak membuatnya

Salam Inahar,
akak tak ambik order, saje je buat untuk anak2. Tapi kalau ada yg request, coklat oreo edible image ni sanggup la akak, sebab senang 1 kaler je kan, hehehe.


Salam Rin,
cubalah. Kalau rin rajin memang boleh buat duit. Akak ni memang malas. Untuk anak2 makan boleh lah

ieda said...

kak sedapnya .. akak leh buat cake bday tak .. anak saya punye bday 24hb nie .. :))

eunzzz said...

NAK BELAJAR BUAT COKLAT TAK?
Tak payah join kursus...
http://tinyurl.com/44vauxv