Resepi Mac & cheese ni sy ambik dari rumah Hawa dan sumber asalnya dari rumah Ain. Sekali pandang terus je jatuh hati. Tapi sy buat hitam2 sikit cheese dia. Konon2 nak bagi cheese tu betul2 masak, terus lah rentung jadinya. Tak kisahlah janji isi kat dalam tu sedap di makan. betul tak. Actually yg hitam2 tu cheese tu je, hehehe. Thanks to Ain ya, akak kopipes the resepi.
Resepi : Macaroni & Cheese
Sumber : Mamahawa ( KLIK SINI) & Ain (KLIK SINI)
1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
400 gram daging cincang
1 biji bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dicincang
5 tangkai cili padi thailand, dicincang - sy tak letak
2 - 3 helai bay leaves (kering)
sedikit rempah oregano
garam dan gula secukup rasa
1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
500 - 600 ml susu segar
3 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
1. Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
2. Untuk Sos Merah: Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
3. Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
5. Untuk Sos Cheese: Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
6. Cara menyediakan Mac N Cheese: Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.
NOTA: Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

10 comments:
salam k.aidah ... dah buat ye... sedapkan. kak... hitam2 si tampuk manggis, sungguh pun hitam ku pandang manis ;P
haaa yg ini saya leh order kan .. boleh lah kak .. huuhuh sedapnyaa .. dah sampai ke tekak saya dah nie huhuh
sedapnya kak....hari tu dh masuk list dh nak buat tapi daging cincang lak tak beli haha nanti nk buatla memang suka ni..:)
Assalamualaikum kak Aidah...bestnye macaroni tu. bnyk juga resepi kat sini yg sya dh terlepas..terliur tengok ciskek, lama dh tak buat sbb takut termkn bnyk, mkn sikit rugi pulak rasanya... :)
esok kak yati buat pulak. makan-makan adik beradik. nyum nyum...
wah sedap nye mac n cheese akak ni,,nk cikit blh???
Apakaba org Kuantan ?
arini masak lebih sikit aaa...
Semoga Tuhan memberkati kehidupan kita !
Hello Aidah, this is really very nice. Looks so delicious.
But regret saya ta'suka makan cheese, ha ha.
You buat banyak ni macaroni....ada jemput kawan datang?
You stay young and keep well.
Lee.
mmm sedap!! lama x nmpak..sibuk sgt ya..tp jgn lupa hr ibu...blh rest skit :))) slmt hr ibu aidah :)
As-Salam AIDAH
Lama tak singgah. Ayu & lazatnya juadah. Keju dan macaroni, menggamit selera pasti!
Post a Comment