Tuesday, March 1, 2011

OREO CHEESE CUPCAKE

Semalam sibuk sungguh rasanya. Peti sejuk buat hal lagi. Kalau nak diikutkan peti sejuk tu baru lagi tapi entahlah barang2 sekarang ni kalau dari segi kualiti macam tak tahan lama je. Masuk kali ni dah 3 kali peti ais ni buat hal. Sebelum ada yg ni peti ais yg dulu tu tak pernah meragam. Nasib baik kebetulan dalam peti sejuk barang tak banyak sangat. Nak kata apa, benda dah terjadi redha je lah. Semalam siap bagitau hubby kalau rosak lagi sekali tak yah nak repair lagi, beli je yg baru, hehehe.


Ok lah nak stori tentang the making of my Oreo Cheese Cupcake ni. Mula2 terpandang kat FB Mamahawa terus jatuh hati. Macam org jatuh cinta pandang pertama lak. Kalau dah ada Oreo tu memang confirm sedap, lagi2 kalau ada Cheese. My kids memang suka sangat makan cheese especially yg girl tu.


RESEPI : OREO CHEESE CUPCAKE
SUMBER : KAK WAN tapi sy kopipes dari blog Mamahawa

Bahan-bahan:
  • 2 packet biskut oreo (1/2 utk base dan 1/2 utk filing dan toping, dibuang creamnya)
  • 250gm cream cheese - suhu bilik
  • 30gm mentega
  • 100gm gula kaster
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 50gm serbuk oreo

Hiasan : Serbuk oreo secukupnya atau mengikut kreativiti masing2

Cara2
  • Panaskan oven pada suhu 180C.
  • Putar cream cheese, mentega, gula dan esen vanila hingga sebati, masukkan telur satu persatu dan putar hingga licin dan tidak berketul. Masukkan serbuk oreo, gaul hingga sebati.


  • Aturkan acuan dan letakkan biskut Oreo seperti gambar diatas. Kalau ikut resepi krim tengah tu buang tapi anak sy kata sayang pulak jadi sy letak macam ni je la.

  • Masukkan adunan cheese yang telah siap diputar tadi ke dalam piping bag, gunting muncungnya. Kemudian pipekan ke atas biskut oreo. Dan hias ikut kreativiti masing2


  • Bakar selama 20-25 minit. Sejukkan selama 1 jam di dalam peti sejuk atau semalaman.

**** sy punya cupcake tak lah seputih yg Kak Wan dan Mamahawa buat sebab anak suruh letak serbuk Oreo lebih sedikit, tu pasal jadi macam warna kelabu tu.

11 comments:

suri solehah said...

wah kak..macam2 resipi dgn biskut oreo ni kan..tapi tang crem chess tu yg payah nak cari tu

aidah said...

Salam Suri,
cream cheese tu selalunya akak guna jenama Philadelphia sedap sikit. Kalau takde jenama Anchor pun boleh jugak

inahar ali said...

salam k.aidah...huwaaaaaaa nk gak oreo ciskek nih..dpt 2 ketui pun cukup laa leh ilang kempunan..hehe!

Chik Mimi said...

assalam kak huwaaa tak boleh tahan ni tgk akak pun dah buat sy ni duk asyik kiv je huwaa

Ayu said...

waduh!!!..rasa macam nak buat juga lah!!..tapi biskut oreo tak ada lah pulak..

FairyLilly said...

alamak, banyak nya resipi nak kena masuk list nih. Saya suka, yang simple ni hehhee

Suhaziyan Sukimi said...

alamak..terliur plak...waaaa

aidah said...

Salam Inahar,
hehehe nak bagi pun dah takde lagi dah.


Salam Ayu,
ya betul tu, cuba ya jgn tak cuba


Salam Fairy,
wah asyik masuk list je bila nak mencubanya, hehehe

Salam suhaziyan,
Salam perkenalan. OCC ni kalau budak2 memang confirm suka, lebih2 lagi kalau ada Oreo tu

Mama Hawa/Mama Nani said...

AIDAH!!!!!!
Putih ke... kelabu ke..janji sedap!!!
Mintalah bang 2-3 ketul since u buat byk..hahahaha
Yg pasti..anak2 suka mkn :)

Nieza said...

Assalam kak....sedapnya...resepi ni dh lama masuk list tapi belum ada kerajinan nk buat..nanti nk cuba jugalah.

aidah said...

Salam Hawa,
betul tu , tak kisah lah cantik ke tak janji anak2 suka makan.


Salam Nieza,
samalah ngan akak , kadang tu masuk dulu dalam list. Tunggu ada mood baru akak buat