Sekarang ni demam ciskek sedang melanda. Bukannya apa ni kes nak kasi perabih stok cream-cheese yg dah lama terperap kat dalam peti ais tu. Resepi ni sy ambik dari blog Nieza, thanks Nieza kerana sudi berkongsi resepi. Sumber asal dari blog pensyarah di bidang culinary iaitu Azli. Terima kasih juga buat Azli kerana sudi menyumbang resepi yg sedap ni.
OK lah malas nak stori panjang2 kita tengok je lah resepinya yg saya kopipes dari blog Nieza.
RESEPI : PEACH CHEESE CAKE (CHILLED)
SUMBER : NIEZA / AZLI
Lapisan dasar:
- 1 ½ cawan (210gm) biskut marie }kisar halus - sy guna biskut 'digestive'
- 1/2 cawan (100gm) mentega }dicairkan - sy guna 'unsalted butter'
- 1 sudu (15gm) makan gula kaster
Untuk Lapisan atas (Kek)
- 2 paket (500gm) keju krim (cream cheese)
- 1/2 cawan (100gm) gula icing
- 3/4cawan (187.5ml) krim putar (whipping cream)
- 1 cawan(250ml) jus oren - sy guna 1/2 cawan jus oren sunquick + 1/2 cwn krim masam
- 3 sudu makan (45 gm)serbuk gelatin +1/2 cawan (125ml) air panas
- 2 ketul buah pic dalam tin } dadu/cincang halus
Hiasan
- 3 ketul buah pic dalam tin } hiris
Cara-penyediaan
- Gaulkan lapisan biskut dan padatkan dalam acuan kek keju (springform) bersaiz 12/13 inci. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk.
- Untuk kek, pukul keju dan gula sehingga lembut.
- Kemudian masukkan jus oren dan krim. Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga sebati.
- Bancuh gelatin dan air panas sehingga gelatin melarut dengan sekata. Kemudian masukkan dalam adunan keju dan kacau sehingga sebati.
- Masukkan buah pic yang didadu dan kacau sebentar sahaja. Kemudian tuangkan atas lapisan biskut.
- Sejukkan dalam peti sejuk sehingga set / keras.
- Keluarkan kek dengan meleretkan pisau panas di sekeliling tepi kek. Kemudian hiaskan hirisan buah pic atas kek .
7 comments:
assalammulaikum kak Aidah cyg, wah dah sampai dapur akak dah CC ni..nampak akak buat lagi sedap ni.. ..terasa lagi kesedapan masa mkn CC tu...tapi tak leh buat lagi kena kasi lemak tepu cair dulu..hehehe btw tq sudi mencuba...:)
salam k.aidah.. nak ciskek!! hehe syok nampak tu.. :)
nor sama dng nieza, nak kena cairkan dulu lemak tepu sbb dah banyak ternak lemak :)
ermmmm.....sedap nya lah....i luv cheese cake! sabau je lah....heee....kalau kita berjiran kan best kan....:)
Salam Nieza & K.Nor,
hehehe kalau nak tunggun lemak tepu cair lambat sangat, so selagi masih sihat ni bedal je. Anyway ciskek ni memang sedap, anak2 pun suka.
Salam Kak Lia,
ye la, alangkah bagus kalau kita berjiran. Saya masak pastu Kak Lia bawak lak saya gi jalan2, hehehe
Hello Aidah, ini la best, sedap. Can I have 2 pieces.
Saya suka cake when chilled.
And your blueberry cake really beautiful. The texture so smooth, and love the colour.
Aidah, you are good. Outstanding!
Have a nice day.
Lee.
kak..bnyk resepi ciskek kat sini..sedap2 plak tuh..mkn sejuk2 ni mmg sedap sgt..cnp dulu..thanks :)
wah..nnti mesti try resipi chef azli ni pulak..menggoda tu lah..hehe!
Post a Comment