Sunday, June 19, 2011

BLACK FOREST CAKE

Salam buat semua. Pejam celik, pejam celik tak lama lagi nak dah nak puasa. Sekejap je masa berlalu. Semalam baru je lepas mengikut kelas biskut raya Part 3. Keletihan seharian mengikuti kelas, tapi takpe berbaloi. Selagi terdaya dan selagi minat masih ada rasanya tak terlewat untuk menuntut ilmu.


Ini lah hasil dari mengikut kelas2 masakan yg sy hadiri. Kek Black Forest ni ditempah oleh seorang teman FB. Thanks Intan kerana memberi akak kepercayaan untuk menyiapkan kek birthday untuk anak Intan ni. Masih banyak lagi yg perlu dipelajari dari segi teknik2 nak menghias kek. Anak Intan tu lelaki so biru menjadi pilihan. Actually Intan tak kisah pun warna apa yg akak guna, tapi selalunya biru kan untuk boys. Suka tengok biru ni sebab sweet je colour dia.



KEK BLACK FOREST

Bahan2
  • 1 biji kek span coklat

Bahan2 Hiasan
  • 350 -400 fresh cream / non diary cream
  • ceri merah (sy tak guna pun untuk deko kali ni)
  • coklat parutan - kalau ikut hiasan biasa memang letak parutan coklat tapi sy tak letak
  • 18 - 24 biji ceri hitam / pitted sweet dark cherry
  • jus ceri hitam / atau boleh guna apa2 syrup kegemaran
  • sedikit coklat dicairkan secara double boiler sebagai hiasan (untuk lelehan yg ditepi tu)

Cara2:
  1. Kek dibelah kepada 3 bahagian.
  2. Renjiskan lapisan pertama dengan syrup dan sapukan fresh cream & susun buah ceri diatasnya.
  3. Letak lapisan kedua & ulangi cara (2) diatas.
  4. Lapisan ketiga cuma renjis dengan syrup dan tutup dengan cream.
  5. Hiaskan ikut citarasa masing2.

7 comments:

ieda said...

cantik dan sweet je kak ..
eiii x sabar nak suh akak buat nie .. akak cheese cake akak leh buat tak ??? oreo cheese cake ker .. ieda nakkk sgt makan .. dah ngalahkan org ngandung lak nie huhuhu

Miss ORchid @ Nur said...

welcome back...akk dah cari org utk mesin rumput tak?..lalang semak dah tinggi nie..kang ada rimau dok berternak plak..hehehehehehe*larikssss

aidah said...

salam Ieda,
mana2 kek yg akak dah belajar tu boleh je kalau nak order. kalau cheese cake boleh jugak, beritahu awal2 ya kalau nak.


Salam orchid,
nasib baik ada wak kebun yg sanggup bersihkan lalang ni, hehehehe

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Aida...
Mudah2an lepas habis course membaking dpt lah Aidah ambik tempahan cake2 ... practise make perfect :)Congrats Aidah cantik deco & sweet color wlpun biru :)

Chik Na said...

lain kali boleh la chik na tempah plak :)

aidah said...

Salam Mama,
setakat ni kalau ada member2 rapat yg order sy buat jugak. Tak berani nak ambik order banyak sebab banyak lagi yg perlu di pelajari


Salam Chik Na, kalau Chin Na tempah macam mana nak hantar. Habis le cair kek tu nanti

Uncle Lee said...

Hello Aida, I da lama ta'makan black forest cake. Ada lagi? Ha ha. But first I see ada ladybirds.....
But looks really nice. Too good to cut up and eat.
Wishing you well, have a nice day.
Lee.