Resepi untuk cupcake ni actuallyresepi untuk cake yg saya ambik dari blog Azura, memang mudah sangat nak menyediakannya. Ianya tak menggunakan telur dan teksturnya lembut sangat. Rasanya kalau nak ajar anak2 buat pun boleh jugak, teramat simple. Thanks ya Zura.
SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
Bahan-bahan :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 2 sudu besar susu tepung
- 1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
- 1 cawan gula perang
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco (sy menggunakan perasa mocha)
- secubit garam
- 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung
- 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
- Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan papercup.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
- Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.
12 comments:
sukanya rupa buttercream tu..cantikkk
Salam Chik Na,
thanks. akak ni baru je berjinak2 ngan dunia mendeko ni.
Hello Aidah, wow! I love these cupcakes!
They remind me of water lilies in full bloom and roses.
You sure one talented, artistic and creative lady.
But ada satu problem with your cup cakes, ha ha.
Bila masuk mulut satu....da tentu nak dua, then tiga....
Also they look too beautiful to eat.
Aidah, you are good. Outstanding!
Have a nice day,
Lee.
assalam kak, wahhh semakin cun deco kek akak..bestnyer nieza teringin juga nak mencuba tapi kalau buat tak ada org nak mkn pula.
cantiknyer cupcake..mesti sdp...visit n follow me back ya..http://carpusmetacarpus.blogspot.com/
Kak Aidah, cantik la deko bunga2 camni, sy x pernah buat style ni..nmpk kreatif, x nmpk mcm baru nk belajar pun nie..:)
wah..boleh try resepi ni..guna sukatan cup..sebab sy takde timbang..
mmg takde butter & telur ek, jimat2..hehe
nanti sy dah cuba buat boleh share.. ^_^
kak aidah, saya dah try resepi ni..mula2 cuak jgk sebab adunan mcm cair je..
tp bila bakar mmg lama jgk nak masak kan, 40-45 minit gitu..
tp hasilnya mmg menakjubkan.. ^_^
Cantiknya bunga ros tu. Nie dah dikira pakar tu. Akaknya Fb apa yea. Kalau ada reply kat blog saya yea. tq
tahniah aidah..berbaloi kamu gi kelas..hasinya memang memuaskan
As-salam
Lama tak beri komen pada kisah dapur Aidah yang sentiasa harum wangi dek aroma pelbagai kek, dan cantik ayu dek hiasannya yang bertambah canggih. Pak Temuk 'curious', agaknya dalam sebulan, kalau ditimbang tepung gandumnya saja pun, entah berapa kilolah Aidah kena beli.
nampak sedap...i follow
Post a Comment